Wednesday, December 15, 2010

Misi Ikatan Setia

 Asalamualaikum dan salam sejahtera, tugasan telah selamat dijalankan, segala amanah telah ditunaikan. Semuanya berjalan dengan lancar. Manakan tidak, amanat dipacu dengan ikhlas. Tiada bantahan dan cadangan yang merimaskan. Pemegang amanah bagus.Cuaca berpihak kepada kita. Memang perjalanan kali ini dirahmati Allah.Tujuannya baik.

             Selepas sarapan doa dibacakan. Terima kasih " ustaz". Bertolak jam 8.00 pagi 11 Disember 2010,  berbekalkan 'nasi ambeng'. Perjalanan menggunakan 4 kenderaan sahaja, Wish 2 buah, Hilux, dan Avanza . Rehat di R&R Kuantan. Meneruskan perjalanan dan makan 'nasi ambeng' serta sembahyang di masjid.....
Kami sembahyang Zohor di masjid di daerah Hulu Terengganu ini. Betul-betul masuk waktu Zohor. Perjalanan rasa dekat pulak. Cuaca cukup bagus. Terang benderang ( bukan terang bendang ).  Selepas makan dan mohon restu Allah perjalanan diteruskan. Hujan gerimis. Rasa macam diraikan semasa memasuki sempadan Kelantan. Mereka amat baiklah...

              Tuan Faridah dah telefon, dia akan tunggu  di Stesyen Petronas Melor. Dengan izin Allah kami tiba di Melor. Rashid suami Tuan Faridah sedia menunggu dan menerima kami dengan senyuman ikhlas. Tuan Faridah dan anakandanya pun ada sama. Mereka memandu arah kami ke Kota Baharu. Kami tinggal di Rumah Kakitangan Bomba Kota Bharu. Petang tu lebih kurang jam 7.00 Kakak dan Ude suami isteri tiba.Malam itu mereka tidur di hotel. Orang-orang muda tidurlah di tingkat sepuluh. Malam itu Cik Wan Tipah sekeluarga pergi membeli belah . Shoping sakanlah tu. Malam itu kami makan nasi ayam percik Cik Siti.

             Badan terasa letih. Kami  masing-masing cuba melelapkan mata. Malam itu Uteh dengar ada orang  membasuh di bilik air. Seram beb... tapi abah  bangun buang air pukul 3.30 pagi tak ada pula orang membasuh. Perasaanlah tu....Cobaan...

12 Disember 2010
             Pagi itu kami sarapan nasi dagang. Emak Tuan Faridah masakkan. Cik Wan Tipah beli kuih dan roti canai. Zahimi dan isteri serta emak mertuanya sampai. Lepas  bersiap-siap  kami bertolak ke rumah Hj. Wan Mustopha pada pukul 11.00 pagi. Rumahnya  berhampiran lapangan terbang Pangkalan Cepa. Sambutan memang sangat baik. Dah banyak abah meminang dan turut serta orang meminang tapi biasanya barang yang kami bawa,kami juga yang meletakkannya  di tempat tertentu. Pada  kali ini barang  hantaran kami di sambut di pintu .  Syabas  keluarga Hj.Mustopha.
             Utih menjalankan tugasan dan tanggung jawab dengan baik. Dalam setengah jam saja,semua selesai. Selesai bergambar dan menyarung cincin kami menjamu selera bersama-sama sambil membincangkan langkah-langkah seterusnya. Hampir jam satu tengah hari kami mohon pamit. Segalanya beres.Semuanya ikhlas dari hati  ke hati. kami berjanji ,perbincangan  boleh dilakukan pada bila-bila masa. Keluarga Wan Tipah terus balik. Dilla tinggal dengan kami. Ann, Hadi, Kujing, Nizam semua balik....terus.Mereka ada kerja.  Kakak Nurul, Khairul, Ijan, Afin mereka juga balik terus... ke Siti Khadijah. Apa lagi... sesat tu.... Kumpulan yang tinggal menginap lagi di Villa Misteri.... gila.Pukul  3.00 pagi ada orang membasuh.....Tak tau nak kata apa. Yang abah tau, abah bangun buang air kecil,lebih kurang pukul tiga setengah...
             Esok lepas sarapan kami bertolak balik. Singgah lagi di Pasar Siti Khadijah. Belilah sepotong dua kain sebagai oleh-oleh. Uteh banyak juga memborong....kalau tak beli nanti menyesal katanya maklumlah sesekali pergi ke Kelantan..Kami  meneruskan perjalanan balik melalui jalan tepi laut. Sambil  melihat-lihat pemandangan.  Di Kuala Terengganu kami singgah membeli keropok lekor dan sebagainya di gerai 008. Alhamdulillah kami selamat sampai di Segamat lebih kurang pukul  sepuluh malam. Selamat semuanya dan misi ini ditamatkan.

No comments:

Post a Comment